Thursday, 20 December 2012

17 days to go!!

   Assalamualaikum,salam sejahtera.. Semoga korang sentiase sihat dan hebat! Aku pinjam kata-kata semangat dari kawan lame aku yg sekian lame aku x jumpe.. Firstly,aku nak say sorry sebab aku gagal memenuhi janji aku pada korang, yang mane aku pernah berjanji pada entry sebelum ni aku akan ceritakan pengalaman aku menyambut Aidiladha di kampung.. In Sha Allah, kalau ada masa terluang nanti akan aku ceritakan..
     Emm, cantikkan tarikh hari ni.. 20.12.2012.. Mesti ramai kat luar sana yang cuba mengabadikan tarikh hari ni dengan kenangan-kenangan yang bakal dikenang sepanjang hidup.. Atau mungkin juga titik permulaan bagi sesuatu yang baru.. Walau apa pun yang kita buat pada hari ini,semoga ianya sentiasa menjadi detik yang terbaik dalam hidup kita, hanya dengan izin dariNya. Dalam sedar atau tidak, hanya tinggal 11 hari lagi untuk kita melangkah ke tahun yang baru.. 
    Bila sebut pasal tahun baru, mesti orang akan kaitkan dengan azam baru, termasuklah aku sendiri.. Macam mana pula dengan korang semua..? Mesti ada azam juga kan.? Semoga apa yang kita tak dapat capai pada tahun ini,akan jadi pemangkin untuk kita capai pada tahun depan.. Tapi dengan syarat,kita kena berusaha untuk mencapainya.. Jangan asyik carry forward je.. Tu semua untuk ingatan diri sendiri.. Korang jangan la terasa ye.. And, yang paling syok sekali,tak lama lagi matahari kecil aku akan genap 1 tahun.. Berapa hari lagi?? Tengok tajuk entry.. hehehhehehehe..
        Ok la... rasenye cukuplah untuk entry kali ni.. Thanks a lot~

Tuesday, 23 October 2012

Ape Nak Dikata

     Ape pulak topic aku hari ni.? Takde ape yang best pun.. Saje nak mengemaskini paparan untuk tatapan korang yang masih setia membaca hasil 'ketukan jejari' aku di keyboard ni..

     Esok hari last aku berkhidmat di office ni sebelum aku bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat ni.. Cehh,ayat gile gempak macam dah nak benti keje terus kan??? Alangkah bahagianya kalau betul aku boleh benti keje skrg ni.. Esok petang,aku dan suami akan bertolak ke JB untuk menjemput 'matahari kecil' yang semakin hari semakin bijak,dan akan meneruskan perjalanan kami ke kampung halaman suami di negeri Amok Tok Gajah.. Haa... korang tau ke kat mane tu.? Kalau korang alert dgn Piala Malaysia,korang mesti dapat teka..

     Sempena menyambut aidiladha merangkap pulang ke kampung yang berada di pantai timur ni, memandangkan sekarang sudah hampir-hampir memasuki bulan November di mana negeri-negeri yang terletak di kawasan pantai timur ni lebih popular dengan musim hujan @ tengkujuh.. Jadi,sebagai persiapan awal,tengah hari tadi aku bergegas ke pasaraya 'Din Saya' untuk mencari beberapa helai baju lengan panjang dan stokin untuk Wahidah.. 

      Seperti yang selalu diperkatakan orang, Aidiladha disambut lebih meriah di negeri-negeri pantai timur..Yess! Memang betul.. persiapan yang dibuat sangat-sangatlah meriah.. Macam kita nak sambut Aidilfitri.. Siap ada kuih raye lagi.. Ketupat,lemang toksah cakap la.. Memang ada.. Yang paling best, dapat makan ketupat daun palas.. Terbaek..!!

      Ok lah korang.. aku dah kering idea tak tau nak mengetuk abjad yang mane untuk membina ayat yang seterusnya.. Nanti aku kemaskini lagi paparan ni dengan perihal sambutan Aidiladha di negeri Amok Tok Gajah tu ye..Tataaa~

Thursday, 11 October 2012

~Dedication~


     Dah seminggu lebih aku x `kemaskini' blog aku.. bukan sebab takde mase.. Mase terluang teramatlah banyak.. Hari2 yang aku lalui sepanjang minggu ni sangat-sangat lah membosankan.. Saje je nak kumpul tahap bosan tu dari hari ke hari,then harini lah masenye aku nak luahkan semua kebosanan aku.. Mesti korang yang bace pun dah mula naik bosan kan??? hahahhaa... bagus,maknanye korang dah menjiwai @ mendalami perasaan aku saat ini.. 

     Hari ni aku rileks betul kat ofis.. buat kerja yang tinggal berape kerat tu,then aku habiskan mase aku nak tunggu sampai petang dgn 'mentelaah' sebuah novel karya Aisya Sofea yang bertajuk Uda & Dara.. 

Bukan baru first time aku bace novel ni.. dah masuk kali yang ke-3 kalau tak silap.. Ni semua kes bosan punye pasal.. nak bace buku ilmiah,memang takde la kat opis ni.. apetah lagi kat rumah aku.. (Bukan sebab aku malas atau tak suka buku ilmiah,tapi sebab buku-buku aku semua ada kat kampung) 

     Actually,aku x sabar nak tunggu esok.. Esok lepas waktu bekerja,(lpas kul 5 la..) aku nak cha alip bot balik JB.. Nak jumpe buah hati aku yang satu lagi.. Tapi buah hati aku kat sini tak dapat ikut,sebab dia musti ke Kuala Lumpur kerna ada urusan di sana.. 

     K lah.. aku rase dah over lak aku mengarut kat sini.. Jam pun dah nak pukul 5.. Jap lagi aku nak caucincau.. Terima Kasih la kat korang yang sudi bace Entry aku yang sangat hampeh harini..

Buat korang yang still tak jemu follow blog aku (walaupun aku tau ianya sangat membosankan), aku dengan rase rendah hati nak dedicate lagu ni kat korang.. Jumpa lagi.. Tata~




Wednesday, 3 October 2012

solid food for my Little

Assalamualaikum.. kpd semua readers.. ape yang aku nak bincangkan hari ni adaah berkenaan makanan pertama utk si kecil.. Melalui beberapa pandangan rakan 1 kumpulan di muka buku, ceh.. tibe2 ayat skema gile.. maksud aku,kitorang ade buat sikit discussion by chat,sajian awal utk baby bawah 1 tahun haruslah dimulakan dengan PUREE.. Ape itu Puree? Puree adalah methode penyajian makanan dengan cara dimasak dan dihaluskan.Dimasak dengan cara merebus,steam ataupun memanggang.Dihaluskan pula dengan cara di blender,di-grinder ataupun di-mashed...Amacam? ade mcm pakar pemakanan tak? actually aku google je benda tu..hehehhee..
   
    So,yang menjadi persoalan kat otak aku ni..Kalau situasi yang macam aku ni,takkan aku nak over-over suruh mak aku buat tu semua. Fine,memang sekarang my doter dh makan solid food.. And mak aku pun bukannye sampai tahap tak tahu langsung camne nak bagi cucu dia makan..Mak aku siap buat 'special porridge' utk wahida.. Yang buat aku nak tergelak besar mase discussion tu tadi, masing-masing nak suarakan yang cara mereka adalah yang terbaik.. Emm, pada pendapat aku sebelum korang tahu ape yang korang 'mentelaah' kat intenet and buku-buku tu semua,mak-mak kite lagi arif pasal tu semua.. hehehhee..

    Kat sini aku rase memang sangat bersyukur sebab my doter dalam jagaan neneknye yg tercinta.. Bukan sebab aku nak ambil kesempatan or what. Aku maksudkan,wahida memang berada di tempat yang betul.. Buktinye,kalau aku balik JB every weekend,aku yang refer kat mak aku ape yg patut aku buat untuk anak aku sepanjang hari tu.. Nak masak ape utk dia,waktu makan dia,waktu tidur dia,waktu riadah dia.. Semua skali la.. Insyallah aku takkan ralat untuk ape-ape yang mak aku buat pada anak aku.. Sebab dia menjaga wahida se'perfect' camne dia menjaga dan membesarkan kami adik beradik.

   Anyway,korang jangan rasa kecil hati lak dgn entry aku ni k.. tak pasal2 ade pulak yang upload entry ni pastu 'bang' aku macam machine gun.. ape yang aku nak simpulkan kat sini, 'cuma kita yang tahu apa makanan yang terbaik untuk anak-anak kita'.. Bagi aku,selagi ianya HALAL,insyallah itulah pilihan yang terbaik.. Beri mereka yang terbaik,mengikut kemampuan kita sendiri. Fahami mereka kerana mereka sendiri bukan melalui pandangan orang lain.



Wednesday, 26 September 2012

satu bagaikan satu

SATU hari bagaikan SATU tahun.. Lamanye nak tunggu lagi 3 hari.. ibarat seperti 3 tahun lah aku terpaksa menunggu.. Kalau dulu masa bercinta,ungkapan ni selalu digunakan oleh si jejaka buat gadisnya, tapi kerinduan dalam satu hubungan lelaki dan perempuan itu tidak sehebat dan setebal kerinduan bagi seorang ibu untuk anaknya.. Takkan terucap dek kata-kata,takkan terluah dek bait bicara.. Juga tidak sehebat pungguk yang rindukan bulannya..
   Baru seminggu aku tak jumpa 'matahari kecil' banyak perubahan yang aku nampak.. Dia dah boleh duduk.. Alangkah gembira rasa hati bila dapat tau buah hati aku dah dapat 'akal baru'... Air mata dah memberat di birai mata dek rase terharu yang amat,namun aku tahankan jua kerana terlalu gembira menerima khabar dari kejauhan.. Alhamdulillah, aku akan sentiasa berdoa agar anakku,Wahidah membesar dengan sihat dan sejahtera..Aku akan terus sabar menanti untuk detik itu nanti..



wahidah dah boleh duduk..

dah nak berdiri pun... alhamdulillah...



Tuesday, 25 September 2012

harini tak sama dgn semalam

knape tajuk entry aku mcm ni? memang la x same... semalam hari isnin,harini hari selase.. kehkehkeh.. sory, bukan aku nk buat lawak kurang bijak di petang-petang hari ni.. Sekadar untuk merengangkan urat-urat muka yang seharian berasa kejang,akibat hari yang terlalu sibuk.. cet! sibuk ke?? boleh tahan laaa.. buat2 sibuk.. 
     Sebenarnye, tujuan aku 'mengetuk' keyboard petang ni adalah untuk berkongsi cerite dgn korang yang mane sudi menyinggah di blog aku ni.. Al-kisah, semalam merupakan hari tergempar buat seluruh rakyat negeri melaka (amnya) dan penduduk daerah melaka tengah (khasnye), rentetan berlakunya dua kemalangan yang sungguh tragis sehingga meragut nyawa(berlaku pada hari yang sama iaitu semalam,tetapi pada waktu dan lokasi yg berlainan).. eceh! ayat aku dah macam pembaca berita la pulak..Aku malas nak cerita panjang-panjang pasal isu ni sebab korang boleh google atau search kat facebook. Buka page 'sayangi melaka' atau 'saya anak melaka'.. kat situ ada berita selanjutnye.. 
       Ape yang aku cuba sampaikan, aku tergerak untuk same2 mengingatkan semua pengguna jalanraya,termasuk diri aku sendiri yang setiap hari drive pergi kerja. Kalau boleh, kita kena lebih alert dan berhati-hati. Ikut je undang-undang jalanraya. Jangan lah disebabkan sikap terburu-buru kita, akan menjejaskan keselamatan orang lain.. Ingat pada orang tersayang,ahli keluarga,kawan-kawan.. Jangan biar mereka mengalirkan air mata dek kerana kesilapan kita sendiri.
       The point is: apa yang kita tak miliki semalam,mungkin jadi milik kita hari ini,tapi belum tentu ia tetap jadi milik kita keesokan harinya.. Sama-samalah kita renungkan.

Friday, 21 September 2012

without u

sejak semalam aku rase sedih.. sebabnye?? sebab hujung minggu aku x dpt jumpe my little star..
dh 6 bulan lebih (bermula sejak naik cuti bersalin) aku akan berulang-alik dr melaka ke johor stiap hujung minggu sbb nak jumpe my heart tu...

kpd yg belum tau knape aku berulang-alik stiap hjung minggu, ini adalah kerana wahida a.k.a my heart tinggal bersame nenek dia (emak aku), atok dia (abah aku), and makcik2 dia (adik2 aku).. kenape??
mesti korang ingat aku tak sayang anak sebab tinggal jauh2 dgn dia kan? Tapi, sebab aku terlalu sayang kat dia la aku buat mcm ni.. sampai sekarang aku belum punya kekuatan dan keberanian nak hantar my heart tu kat rumah pengasuh @ nursery.. Memandangkan terlalu banyak kisah2 ngeri yg menjadi isu hangat berkenaan dgn pengasuh dan nursery.. aku tak salahkan atau kaitkan dgn sesiapa pun.. sebab utamanye, mak aku pun adalah seorang pengasuh.. Yang aku maksudkan adalah manusia2 yg kurang bertanggungjawab, dan hanya menganggap tugas mereka sebagai pengasuh tu hanya untuk mendapat bayaran setiap bulan sahaja...Dan, hanya orang yg betul2 faham je yg faham knape aku buat semua ni...
and ni semua bukan bersifat selamanya,hanya bersifat sementara.. akan sampai masanya aku akan bawa matahari kecil itu pulang ke sini.. cuma tak tahu bila?

emm.. ape yg akan aku buat sepanjang hujung minggu ni tanpa matahari kecilku itu?? banyak sangat 'waiting list' yang harus aku laksanakan.. rutin harian yang sepatutnye seorang surirumah lakukan.. mcm ni lah hidup seorang wanita yg bekerja dan sudah bergelar isteri.. cuma,minggu ni aku offduty sebagai seorg ibu..
But! hati aku tak pernah sesaat pun lupa pada Sharifah Wahidah Fasihah..

Sekian,berjumpa lagi pada entry akan datang.. =)

Wednesday, 19 September 2012

matahari kecil

siape yg aku gelarkan matahari kecil ni? mestilah anak tercinta yg semakin membesar dgn sihat..
My doter, Sharifah Wahidah Fasihah Bt Syed Ismadi Sham..
Malas nak tulis panjang2.. aku buat simple biodata utk my heart tu ye..

Biodata Wahida
Name saye : Sharifah Wahidah Fasihah Bt Syed Ismadi Sham
Nama manje saye : wida, dida, adik
Saye lahir pada : 06 Januari 2012 , 8.03 pagi
Berat ketika lahir : 2.78kg
Berat sekarang :8.0kg (8 bulan 13 hari)
Saye dah : - ada 3 btg gigi
                 - merangkak
                 - nak berdiri


gambar wahida di awal kelahiran


gambar semasa majlis potong jambul
bersama ibu dan abah
ni la nenek wahida

di 'make-up' oleh aunties
gambar terbaru bersama ibu






dialah di hati

utk entry kali ni,ak saje je nk try sbb bru buat blog baru..
siape yg slalu berada dlm hati kite? mestilah org2 yg paling kite sayang dan cinta.. betul tak?
Tapi jgn lupa utk sentiasa ingat,sayang dan cinta kepada Pencipta yang Maha Esa dan RasulNya..


ni gambar family aku mase raye pertama tahun ni