Tuesday, 23 October 2012

Ape Nak Dikata

     Ape pulak topic aku hari ni.? Takde ape yang best pun.. Saje nak mengemaskini paparan untuk tatapan korang yang masih setia membaca hasil 'ketukan jejari' aku di keyboard ni..

     Esok hari last aku berkhidmat di office ni sebelum aku bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari jumaat ni.. Cehh,ayat gile gempak macam dah nak benti keje terus kan??? Alangkah bahagianya kalau betul aku boleh benti keje skrg ni.. Esok petang,aku dan suami akan bertolak ke JB untuk menjemput 'matahari kecil' yang semakin hari semakin bijak,dan akan meneruskan perjalanan kami ke kampung halaman suami di negeri Amok Tok Gajah.. Haa... korang tau ke kat mane tu.? Kalau korang alert dgn Piala Malaysia,korang mesti dapat teka..

     Sempena menyambut aidiladha merangkap pulang ke kampung yang berada di pantai timur ni, memandangkan sekarang sudah hampir-hampir memasuki bulan November di mana negeri-negeri yang terletak di kawasan pantai timur ni lebih popular dengan musim hujan @ tengkujuh.. Jadi,sebagai persiapan awal,tengah hari tadi aku bergegas ke pasaraya 'Din Saya' untuk mencari beberapa helai baju lengan panjang dan stokin untuk Wahidah.. 

      Seperti yang selalu diperkatakan orang, Aidiladha disambut lebih meriah di negeri-negeri pantai timur..Yess! Memang betul.. persiapan yang dibuat sangat-sangatlah meriah.. Macam kita nak sambut Aidilfitri.. Siap ada kuih raye lagi.. Ketupat,lemang toksah cakap la.. Memang ada.. Yang paling best, dapat makan ketupat daun palas.. Terbaek..!!

      Ok lah korang.. aku dah kering idea tak tau nak mengetuk abjad yang mane untuk membina ayat yang seterusnya.. Nanti aku kemaskini lagi paparan ni dengan perihal sambutan Aidiladha di negeri Amok Tok Gajah tu ye..Tataaa~

Thursday, 11 October 2012

~Dedication~


     Dah seminggu lebih aku x `kemaskini' blog aku.. bukan sebab takde mase.. Mase terluang teramatlah banyak.. Hari2 yang aku lalui sepanjang minggu ni sangat-sangat lah membosankan.. Saje je nak kumpul tahap bosan tu dari hari ke hari,then harini lah masenye aku nak luahkan semua kebosanan aku.. Mesti korang yang bace pun dah mula naik bosan kan??? hahahhaa... bagus,maknanye korang dah menjiwai @ mendalami perasaan aku saat ini.. 

     Hari ni aku rileks betul kat ofis.. buat kerja yang tinggal berape kerat tu,then aku habiskan mase aku nak tunggu sampai petang dgn 'mentelaah' sebuah novel karya Aisya Sofea yang bertajuk Uda & Dara.. 

Bukan baru first time aku bace novel ni.. dah masuk kali yang ke-3 kalau tak silap.. Ni semua kes bosan punye pasal.. nak bace buku ilmiah,memang takde la kat opis ni.. apetah lagi kat rumah aku.. (Bukan sebab aku malas atau tak suka buku ilmiah,tapi sebab buku-buku aku semua ada kat kampung) 

     Actually,aku x sabar nak tunggu esok.. Esok lepas waktu bekerja,(lpas kul 5 la..) aku nak cha alip bot balik JB.. Nak jumpe buah hati aku yang satu lagi.. Tapi buah hati aku kat sini tak dapat ikut,sebab dia musti ke Kuala Lumpur kerna ada urusan di sana.. 

     K lah.. aku rase dah over lak aku mengarut kat sini.. Jam pun dah nak pukul 5.. Jap lagi aku nak caucincau.. Terima Kasih la kat korang yang sudi bace Entry aku yang sangat hampeh harini..

Buat korang yang still tak jemu follow blog aku (walaupun aku tau ianya sangat membosankan), aku dengan rase rendah hati nak dedicate lagu ni kat korang.. Jumpa lagi.. Tata~




Wednesday, 3 October 2012

solid food for my Little

Assalamualaikum.. kpd semua readers.. ape yang aku nak bincangkan hari ni adaah berkenaan makanan pertama utk si kecil.. Melalui beberapa pandangan rakan 1 kumpulan di muka buku, ceh.. tibe2 ayat skema gile.. maksud aku,kitorang ade buat sikit discussion by chat,sajian awal utk baby bawah 1 tahun haruslah dimulakan dengan PUREE.. Ape itu Puree? Puree adalah methode penyajian makanan dengan cara dimasak dan dihaluskan.Dimasak dengan cara merebus,steam ataupun memanggang.Dihaluskan pula dengan cara di blender,di-grinder ataupun di-mashed...Amacam? ade mcm pakar pemakanan tak? actually aku google je benda tu..hehehhee..
   
    So,yang menjadi persoalan kat otak aku ni..Kalau situasi yang macam aku ni,takkan aku nak over-over suruh mak aku buat tu semua. Fine,memang sekarang my doter dh makan solid food.. And mak aku pun bukannye sampai tahap tak tahu langsung camne nak bagi cucu dia makan..Mak aku siap buat 'special porridge' utk wahida.. Yang buat aku nak tergelak besar mase discussion tu tadi, masing-masing nak suarakan yang cara mereka adalah yang terbaik.. Emm, pada pendapat aku sebelum korang tahu ape yang korang 'mentelaah' kat intenet and buku-buku tu semua,mak-mak kite lagi arif pasal tu semua.. hehehhee..

    Kat sini aku rase memang sangat bersyukur sebab my doter dalam jagaan neneknye yg tercinta.. Bukan sebab aku nak ambil kesempatan or what. Aku maksudkan,wahida memang berada di tempat yang betul.. Buktinye,kalau aku balik JB every weekend,aku yang refer kat mak aku ape yg patut aku buat untuk anak aku sepanjang hari tu.. Nak masak ape utk dia,waktu makan dia,waktu tidur dia,waktu riadah dia.. Semua skali la.. Insyallah aku takkan ralat untuk ape-ape yang mak aku buat pada anak aku.. Sebab dia menjaga wahida se'perfect' camne dia menjaga dan membesarkan kami adik beradik.

   Anyway,korang jangan rasa kecil hati lak dgn entry aku ni k.. tak pasal2 ade pulak yang upload entry ni pastu 'bang' aku macam machine gun.. ape yang aku nak simpulkan kat sini, 'cuma kita yang tahu apa makanan yang terbaik untuk anak-anak kita'.. Bagi aku,selagi ianya HALAL,insyallah itulah pilihan yang terbaik.. Beri mereka yang terbaik,mengikut kemampuan kita sendiri. Fahami mereka kerana mereka sendiri bukan melalui pandangan orang lain.