SATU hari bagaikan
SATU tahun.. Lamanye nak tunggu lagi 3 hari.. ibarat seperti 3 tahun lah aku terpaksa menunggu.. Kalau dulu masa bercinta,ungkapan ni selalu digunakan oleh si jejaka buat gadisnya, tapi kerinduan dalam satu hubungan lelaki dan perempuan itu tidak sehebat dan setebal kerinduan bagi seorang ibu untuk anaknya.. Takkan terucap dek kata-kata,takkan terluah dek bait bicara.. Juga tidak sehebat pungguk yang rindukan bulannya..
Baru seminggu aku tak jumpa
'matahari kecil' banyak perubahan yang aku nampak.. Dia dah boleh duduk.. Alangkah gembira rasa hati bila dapat tau buah hati aku dah dapat
'akal baru'... Air mata dah memberat di birai mata dek rase terharu yang amat,namun aku tahankan jua kerana terlalu gembira menerima khabar dari kejauhan.. Alhamdulillah, aku akan sentiasa berdoa agar anakku,Wahidah membesar dengan sihat dan sejahtera..Aku akan terus sabar menanti untuk detik itu nanti..
 |
| wahidah dah boleh duduk.. |
 |
| dah nak berdiri pun... alhamdulillah... |
lagi hebat bila dia dah pandai "chong" orang bila nak suruh orang keluarkan dia dari buai..
ReplyDelete